Jualan runcit (retail-sales) New Zealand meningkat dengan pantas lebih dari jangkaan pada suku pertama 2017, di mana kebanyakan sektor merekod kenaikan. Hal ini menunjukkan penggunaan domestik yang sedang memandu ekonomi ke hadapan.
New Zealand merekod kenaikan 1.5% pada suku pertama berbanding 0.8% pada suku keempat 2016. Jangkaan bagi data kali ini ialah kenaikan 1.1%.
Jumlah nilai jualan meningkat 2.6% dari segi suku tahunan.
Bacaan kali ini juga telah merekod 18 suku berturut-turut jualan runcit menyumbang data positif kepada ekonomi.
Manakala core-retail sales naik kepada 1.2% dari 0.6% pada suku sebelum ini.
Nilai jualan meningkat dalam sembilan dari 15 industri yang diambil kira oleh jabatan statistik di mana kenderaan bermotor adalah industri yang paling banyak merekod kenaikan. Kenderaan bermotor adalah sektor yang paling banyak menyumbang kepada jualan runcit New Zealand sejak beberapa tahun yang lalu.
Jualan runcit juga adalah petunjuk bagi melihat trend pergerakan perbelanjaan pengguna yang mewakili 60% ekonomi New Zealand.
Minggu lalu, penganalisis ekonomi kerajaan melaporkan kenaikan mendadak dalam kad elektronik pengangkutan pada April yang menunjukkan isyarat perbelanjaan pengguna yang kukuh pada permulaan suku kedua.