Jualan Runcit UK Meleset -1.2% Lebih Dari Jangkaan

32

Jumlah jualan runcit di UK merosot 1.2% pada Mei berbanding jangkaan kejatuhan 0.9%. Data bulan April telah dikaji semula kepada kejatuhan 0.9% dari tahun ke tahun.

Jika tidak mengambil kira bahan api, jualan runcit jatuh sebanyak 1.6% dengan kenaikan tahunan 0.6%.

Dari segi bulanan, terdapat kejatuhan mendadak dalam jualan barangan isirumah, begitu juga jualan bahan api.

Jualan di kedai bukan makanan mencatat kejatuhan tahunan 1.2% di mana peningkatan dalam jualan kedai makanan adalah 0.1% yang merupakan bacaan terendah sejak Julai 2013.

Harga purata di kedai-kedai terus meningkat dengan kenaikan 3.2% sejak setahun lalu pada Mei, di mana kenaikan tahunan tanpa mengambil kira bahan api pada kadar 2.8% yang tertinggi sejak Mac 2012.

Data terbaru purata pendapatan semakin perlahan dari tahun ke tahun kepada 2.1% daripada 2.3% sebelum ini.

Kelemahan dalam pertumbuhan pendapatan akan mengekalkan jangkaan pertumbuhan perbelanjaan pengguna yang semakin perlahan. Kadar simpanan wang juga berada pada paras rendah, yang menunjukkan rakyat masih lagi berbelanja walaupun semakin perlahan.

Kombinasi dalam pertumbuhan yang semakin lemah dan tekanan kenaikan harga akan menyebabkan BoE semakin dilema dalam penetapan polisi beberapa bulan akan datang. Walaupun bank pusat mahu mengekalkan polisi yang menyokong ekonomi, ia adalah sukar untuk membiarkan inflasi terus meningkat.

Matawang Sterling melemah selepas data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd ketika ini didagang di sekitar 1.2696.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat