Just (JST) Bakal Pelopori Pasaran Kripto Yang Kembali Hangat!

475

Sejak kebelakangan ini, beberapa kripto dibawah seliaan Justin Sun nampaknya tampil dengan pergerakan harga yang memberangsangkan.

Just (JST) yang dibina diatas blockchain Tron (TRX) menjadi tumpuan setelah menyaksikan pergerakan harga yang positif pada pembukaan pasaran bulan Ogos.

Memulakan kenaikan secara konsisten bermula hujung bulan Julai dengan mencatatkan paras tertinggi sekitar $0.056, menghasilkan hampir 60% lonjakan.

Memiliki permodalan pasaran lebih $125 juta dengan jumlah dagangan lebih $127 juta dalam tempoh 24 jam terakhir.

Binance yang telah melengkapkan pusingan kedua APENFT (NFT) airdrop kepada pemegang TRON (TRX), BitTorrent (BTT), dan JUST (JST) mempengaruhi pergerakan harga semalam.

Just menghasilkan lonjakan 12% mengakhiri sesi dagangan semalam.

Dapat diperhatikan pada carta pergerakan harga JST/USDT.

Pandangan sudut teknikal, Just dilihat masih kekal dengan momentum bullish dan telah memasuki kembali zon resistance sekitar $0.055 yang dinantikan para pelabur.

Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga JUST kekal dengan momentum tersebut, zon resistance sekitar $0.058 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji dan kemungkinan menjadi penentu untuk membuat kenaikan yang lebih agresif.

Risiko seterusnya, jika pergerakan harga kembali menunjukkan corak penurunan, zon RBS (resistance become support) sekitar $0.052 bakal diuji semula samada akan membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang terendah.

Sewaktu penulisan, Just didagangkan pada harga sekitar $0.055 melonjak lebih 11% dalam tempoh 24 jam. Koin kini berada di kedudukan ke-277 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto JST/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat