BitTorrent (BTT) Bakal Membuat Lonjakan Lebih Tinggi?

1,241

Walaupun sesi dagangan minggu ini kelihatan sedikit suram, BitTorrent jelas mempamerkan satu prestasi yang baik pada pembukaan pasaran bulan Ogos.

Mengatasi beberapa matawang digital dengan mencatatkan paras tertinggi terbaru sekitar $0.0030, menghasilkan 11% lonjakan pada sesi dagangan bulan Ogos.

BitTorrent kelihatan seperti memberi isyarat untuk membuat lonjakan yang lebih tinggi.

Binance telah melengkapkan pusingan kedua APENFT (NFT) airdrop kepada pemegang TRON (TRX), BitTorrent (BTT), dan JUST (JST).

Pusingan APENFT tersebut memberi impak positif kepada pergerakan harga BitTorrent, melonjak 9% pada sesi dagangan hari ini.

Seterusnya, melihat pada carta pergerakan semasa harga BTT/USDT.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga masih kekal dengan trend bullish dan sedang berusaha untuk memasuki kembali zon resistance sekitar $0.00302 yang telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya BitTorrent dapat menembusi paras rintangan tersebut, kenaikan yang lebih tinggi bakal berlaku dan bakal mencatatkan paras tertinggi terbaru.

Akan tetapi, jika BitTorrent menunjukkan pergerakan harga yang lemah, paras RBS (resistance become support) sekitar $0.00285 bakal diuji terlebih dahulu samada membuat rebound atau menuruskan penurunan yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, BitTorrent didagangkan $0.00292 melonjak lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto BTT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat