Kadar Faedah BOE Dinaikkan, GBP/USD Menjunam 180 Pip

89

Matawang Pound Sterling jatuh menjunam selepas penetapan polisi monetari pukul 8 malam tadi yang menunjukkan kadar faedah dinaikkan.

GBP/USD menjunam hampir 180 pip dan GBP/JPY menjunam 200 pip selepas membuat spike ke atas selepas data kadar faedah dikeluarkan.

Seperti dijangka Bank of England (BoE) menaikkan kadar faedah kepada 0.50% dari 0.25% sebelum ini. Ini adalah kenaikan kadar faedah pertama sejak Julai 2007 yang pada masa itu berada di sekitar 5.75%.

Keputusan menaikkan kadar faedah diundi oleh 7 orang ahli MPC di mana dua orang menentang kenaikan ini. Dua ahli yang menentang kenaikan kadar adalah Jon Cunliffe dan Dave Ramsden.

Antara penyebab kejatuhan matawang GBP adalah kenyataan BoE bahawa kenaikan kadar faedah selepas ini akan dijalankan secara beransur-ansur dan terhad.

“MPC (monetary policy committee) berpendapat keputusan hari ini adalah wajar di mana polisi akan diketatkan secara sederhana untuk membawa inflasi ke paras sasaran.”

“Semua ahli MPC bersetuju bahawa kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur dan dalam kadar yang terhad.”

Matawang GBP/USD jatuh hampir ke paras pembukaan minggu ini dan pasaran sedang menunggu komen yang dibuat oleh Gabenor Carney pada pukul 8.30 malam.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat