Kadar Gaji Pasaran Pekerjaan US Meleset Daripada Jangkaan

74

Laporan data pekerjaan Amerika Syarikat menunjukkan data yang kurang memberangsangkan walaupun kadar pengangguran berkurangan.

US Dolar melemah sejurus data dikeluarkan dengan USD/JPY jatuh hampir 50 pip setakat pukul 8.44 malam. EUR/USD pula melonjak 45 pip.

Jumlah pekerjaan (non-farm employment change) hanya bertambah 261,000 berbanding jangkaan 312,000. Data sebelum ini yang direkod merosot sebanyak -33,000 dikaji semula kepada 18,000.

Manakala data kadar gaji (average-hourly earnings) tidak berubah (0%) berbanding jangkaan kenaikan 0.2%. Bacaan kali ini meleset daripada kenaikan yang direkod sebelum ini sebanyak 0.5%.

Walaupun dengan kedua-dua data yang meleset, kadar pengangguran masih positif apabila berkurangan kepada 4.1% dari 4.2% sebelum ini.

Data tahunan bagi (average hourly earnings) naik 2.4% pada Oktober berbanding jangkaan kenaikan 2.7%.

Bank pusat US (Federal Reserve) ketika ini lebih menumpukan kepada data kadar gaji untuk melihat tekanan terhadap bacaan inflasi. Inflasi penting untuk dilihat sebagai pembolehubah terhadap penetapan polisi monetari.

Walaupun dengan kadar pengangguran yang semakin berkurangan, ia dilihat kurang baik kerana kadar penyertaan (participation rate) turut berkurangan kepada 62.7% daripada 63.1% sebelum ini.

Secara keseluruhan, data hari ini dinilai sebagai negatif terhadap pasaran pekerjaan US khususnya dengan kadar gaji yang tidak berubah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat