Kadar Pengangguran Bakal Meningkat 20% – Mnuchin Cetus Amaran Buat Senator AS!

292

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin memberi amaran kepada Senator Republik bahawa wabak coronavirus berpotensi meningkatkan kadar pengangguran di Amerika Syarikat sehingga 20% jika tiada tindakan diambil.

Ketika pertemuan bersama ahli senator, Mnuchin merayu supaya mereka meluluskan pakej rangsangan $1 trilion yang akan diagihkan kepada rakyat Amerika dalam masa dua minggu dan syarikat yang terjejas, terutamanya syarikat penerbangan.

Dalam pada itu, Mnuchin juga menyatakan kebimbangannya terhadap ekonomi yang terkesan akibat COVID-19 dan menjangkakan situasi ini akan bertambah buruk daripada krisis kewangan 2008.

Mnuchin dikatakan telah menggunakan beberapa contoh matematik untuk tujuan ilustrasi ketika menjelaskan kepada senator mengenai ramalannya, menurut jurucakap Perbendaharaan Monica Crowley.

Beliau menganggarkan bahawa kadar pengangguran akan bertambah dua kali ganda berbanding bacaan yang direkodkan ketika krisis kewangan dan mungkin mengakibatkan lebih 32 juta rakyat Amerika akan kehilangan pekerjaan.

Semasa krisis kewangan 2008/2009 berlaku, Henry Paulson yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Setiausaha Perbendaharaan dan Pengerusi Federal Reserve Ben Bernanke memberi amaran yang sama dengan menggesa supaya pelan bernilai $700 bilion diluluskan.

Kongres kemudiannya meluluskan rancangan tersebut dan langkah rangsangan untuk menangani krisis tersebut. Pada Oktober 2009, kadar pengangguran telah melonjak kepada 10.2%.

Sebelum ini turut dilaporkan bahawa bekas penasihat Presiden AS Donald Trump, Kevin Hassett menjangkakan Amerika akan kehilangan sehingga 1 juta pekerjaan pada bulan Mac, iaitu lebih buruk daripada ketika krisis kewangan berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat