Kebimbangan Terhadap Dasar Trump yang Beransur Reda Meletakkan Emas di paras Terendah!

48

Harga emas menjunam kepada paras terendah dalam tempoh dua setengah minggu terendah pada Jumaat berikutan kebimbangan yang menyelubungi keputusan dasar oleh Donald Trump sudah beransur reda.

Di Comex, niaga emas bagi penghantaran Februari menyusut sebanyak 0.64 peratus kepada $1,182.85, nilai terendah sejak 11 Januari lalu.

Permintaan bagi emas melemah selepas sentimen US Dollar bertambah baik selepas Trump mencadangkan cukai sebanyak 20 peratus ke atas setiap barangan Mexico bagi menampung kos membina tembok sempadan.

Dalam masa yang sama, Trump juga mengeluarkan kecaman ke atas bandar-bandar yang melindungi pendatang asing tanpa izin.

Donald Trump merancang untuk membuat tapisan agresif terhadap permohonan visa dan larangan sementara terhadap semua kemasukan pelarian ke AS.

US Dollar telah berada di bawah tekanan sejak Trump dilantik secara rasmi sebagai Presiden AS kerana butiran yang kurang jelas mengenai dasar-dasar di bawah pemerintahannya.

US Dollar Index meningkat sebanyak 0.20 peratus kepada 100.27.

Kekuatan US Dollar biasanya memberi tekanan buat emas kerana menjadikan logam berharga itu lebih mahal bagi pemilik matawang lain.

Bagi perdagangan logam lain, copper dan silver masing-masing menunjukkan penyusutan dalam sesi ini.

Ini Sebab Utama Kenapa Trump Masih Memerlukan China Untuk Mencapai Sasaran Beliau!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat