Kegoyahan US Dolar Terus Menyokong Kenaikan Emas

46

US dolar masih lagi didagang berhampiran paras terendah tujuh bulan lalu yang memberi sokongan kepada harga emas sejak 24 jam lepas.

Harga emas mengekalkan pengukuhan semasa sesi US pada Selasa dengan menguji paras ‘resistance‘ di kawasan $1,260 dengan US dolar masih gagal mendapat sebarang sokongan atau ‘catalyst‘ (pemangkin).

Citarasa kepada risiko merosot selepas kejadian serangan di Manchester di mana emas menguji paras $1264.

Keyakinan perniagaan di Jerman meningkat ke paras tertinggi sejak 1991, di mana sektor pembuatan merekod pertumbuhan terpantas dalam masa enam tahun. Perbelanjaan pengguna, pelaburan dan eksport kesemuanya menyumbang kepada pertumbuhan pada suku pertama sekaligus membantu ekonomi berkembang 0.6%.

Indeks keyakinan IFO yang dikeluarkan sebentar tadi mengukuh ke paras 114.6 pada Mei dari 113 pada April dan melebihi jangkaan pasaran. Data ini mengukur keadaan semasa dan jangkaan sektor perniagaan di Jerman.

Indeks komposit secara keseluruhan tidak berubah pada Mei di paras 56.8 yang masih di paras tertinggi enam tahun lalu.

Indeks PMI sektor pembuatan Zon Eropah meningkat ke paras 57.0 dari 56.7 pada April. Bacaan kali ini lebih dari jangkaan 56.5 dan merupakan bacaan tertinggi 73 bulan lalu.

Manakala indeks sektor perkhidmatan merosot ke paras terendah dua bulan lalu dari 56.4 kepada 56.2 dan lebih rendah dari jangkaan 56.5.

Matawang Euro mencapai paras tertinggi enam bulan lalu berbanding US dolar pada Selasa yang didorong pengukuhan data ekonomi Zon Eropah, manakala Sterling masih lagi rendah berikutan serangan di Manchester semalam.

Secara keseluruhan, trend dalam pergerakan US dolar, hasil bon dan juga citarasa kepada risiko (risk-appetite) akan terus mendominasi trend pergerakan harga emas dalam jangka pendek kecuali US dolar memulih secara mendadak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat