Kehilangan Pesawat MH370 Masih Dirasai

45

Siasatan terkini yang melibatkan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines melaporkan kemungkinan bahawa pesawat malang itu telah jatuh secara drastik pada ketinggian 25,000 kaki dalam tempoh satu minit. Menurut penyiasat dari Australia, pesawat yang telah hilang hampir 2 tahun itu dilaporkan tenggelam apabila mencecah permukaan air.

Menurut Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), komunikasi satelit terakhir pesawat MH370 tersebut juga mendapati bahawa pesawat berada dalam kelajuan yang agak tinggi.

Laporan itu turut melemahkan spekulasi yang mengatakan bahawa pesawat telah diserang ataupun disembunyikan. Pesawat mula hilang dari radar pada 8 Mac 2014, dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur dengan 239 diatas kepal. Pencarian pesawat malang itu juga merupakan pencarian paling lama di dunia serta memakan masa berbulan-bulan.

Beberapa simulasi penerbangan juga diuji bagi mengenalpasti punca sebenar pesawat itu hilang kawalan.

Menurut laporan tersebut lagi, lebih 20 serpihan ditemui sejak kehilangan pesawat terbabit. Pencarian yang telah melibatkan banyak negara seperti Malaysia, Chinadan Australia itu telah dihentikan pada Januari.

4 Peristiwa Besar Yang Mampu Memberi Impak Kepada Pasaran Matawang

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat