Kelantan Negeri Paling Banyak Hutang -Lim Guan Eng

1,132

Kerajaan negeri Kelantan adalah negeri paling tinggi hutang dari kalangan negeri-negeri di Malaysia. Sejumlah RM388 juta hutang belum dibayar kepada kerajaan persekutuan setakat 31 Disember tahun lepas. Hal ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, Kelantan telah menerima RM398 juta pada 2016 iaitu bantuan kewangan oleh kerajaan persekutuan. Bantuan kewangan turut diberikan kepada negeri-negeri lain yang tidak mempunyai kewangan mencukupi dalam akaun mereka.

Bantuan kewangan terhadap Kelantan adalah berikutan hasil negeri yang tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan operasi seperti gaji dan emolumen kepada pekerja.

Guan Eng turut menjelaskan bahawa pada Jun tahun ini, kerajaan negeri Kelantan telah memohon sekali lagi pinjaman bagi membantu negeri itu membayar gaji dan emolumen penjawat awam negeri. Permohonan itu telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan.

Dakwaan Guan Eng timbul selepas ahli parlimen Kelantan dari parti PAS mencadangkan projek ECRL diberikan kepada Kelantan, Pahang dan Terengganu jika projek mega itu dibatalkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat