Kenaikan Harga Terbatas, EUR/USD Susut Ke Zon Support $1.1800

555

Sentimen pasaran pada penghujung minggu dinilai agak berisiko setelah data pertumbuhan ekonomi China sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia yang diterbitkan semalam mencatatkan penurunan.

US dolar sedikit pulih pada dagangan Khamis semalam selepas kemerosotan nilai yang dialami susulan kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) yang memberi isyarat untuk bank pusat mengekalkan dasar longgar bagi tempoh lebih lama.

Juga menyokong pemulihan US dolar semalam apabila data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) diterbitkan menurun walaupun tidak mencapai jangkaan angka sasaran.

Pelabur kekal berwaspada dengan menjangkakan US dolar akan kembali bergerak lemah dalam pasaran berkemungkinan bersambung sehingga minggu berikutnya.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang telah membuat kenaikan semalam mencapai paras 1.18500 kembali jatuh semula menyentuh paras 1.18000 pada zon support.

Pergerakan harga kemudiannya dilihat bergerak perlahan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi isyarat bearish semula.

Bersambung pada sesi Asia pagi Jumaat, harga mendatar dan perlahan di atas paras 1.18000 dan reaksi harga pada zon support tersebut akan dinilai pelabur.

Sekiranya zon tersebut dilihat berjaya menyokong semula kenaikan harga seperti situasi minggu lalu, zon SBR (support become resistance) pada 1.19000 kekal menjadi paras sasaran tumpuan harga.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan mendorong jangkaan lebih tinggi ke paras 1.20000 pada pergerakan trend bullish yang lebih jelas.

Namun, sekiranya harga menjunam lebih rendah di bawah zon support 1.18000-1.17800, penurunan harga dijangkakan untuk menuju pula ke zon support seterusnya sekitar 1.17200-1.17000.

Untuk pergerakan US dolar di penghujung minggu, data jualan runcit AS yang akan diterbitkan pada sesi New York akan menjadi tumpuan para pelabur.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat