Kenaikan Kadar ECB Perlu Diteruskan, Villeroy Nyatakan Sebabnya!

134

Panggilan untuk Bank Pusat Eropah (ECB) melanjutkan langkah kenaikan kadar faedah terus kedengaran, di mana yang terbaru datang daripada penggubal dasar Francois Villeroy de Galhau.

Villeroy yang juga merupakan ketua bank pusat Perancis memberitahu bahawa ECB perlu terus menaikkan kadar sehingga inflasi asas jelas mencapai kemuncaknya.

Setakat Oktober, bank pusat itu telah meningkatkan kadar sebanyak 200 mata asas kepada 1.5% dalam tempoh tiga bulan sahaja, dengan pasaran menjangkakan ia akan memuncak sekitar 3% pada tahun depan.

Kos tenaga yang tinggi turut memberi tempias kepada Zon Eropah yang menyaksikan inflasinya melonjak tinggi tahun ini.

Villeroy menjangkakan inflasi utama yang kini berada pada rekod tertinggi 10.7% bulan lepas, akan memuncak pada 2023, namun memberi amaran bahawa ia mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk mengembalikan inflasi ke sasaran ECB.

Walaupun begitu, langkah kenaikan yang pantas telah meletakkan ECB hampir kepada ‘kadar neutral’ antara 1.5% dan 2%.

Villeroy berkata bank pusat kini tidak jauh dari kadar neutral, di mana langkah pengetatan mungkin lebih fleksibel atau perlahan.

Pemain pasaran menjangkakan kenaikan kadar 50 mata asas pada bulan Disember susulan peningkatan 75 mata asas buat kali kedua berturut-turut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat