Kenaikan Kadar Faedah AS Pada Bulan Jun dianggap Terlalu Agresif : James Bullard

62

Menurut Presiden Fed St.Louis, James Bullard berkata bahawa trend inflasi AS berada pada fasa yang agak membimbangkan kerana bacaan harga semasa AS nyata lebih rendah daripada jangkaan.

Dalam laporan yang disediakan untuk dihantar ke Tokyo pada Jumaat, bank pusat berkata bahawa harga AS kini berada 4.6 peratus dibawah tahap harga yang dicapai sewaktu 1995 hingga 2012.

Menurut Bullard yang bakal mengundi untuk penetapan dasar monetari AS tahun ini, walaupun bacaan ini tidak seteruk yang dialami Jepun semasa tahun 1990-an, trend ini kekal membimbangkan buat AS.

Inflasi yang terlalu rendah juga telah menghalang cita-cita Fed untuk menaikkan kadar melebihi tiga kali sejak fasa Great Recession. Namun begitu, sejak akhir tahun lepas, kebanyakan penggubal dasar menyifatkan pasaran telah menyaksikan kenaikan kadar yang lebih cepat memandangkan pengukuhan dalam pasaran buruh.

Kadar pengangguran AS juga berada pada 4.4 peratus pada bulan April iaitu tahap yang agak kukuh. Justeru, kebanyakan pegawai Fed menjangka bahawa kadar faedah akan dinaikkan sebanyak tiga kali tahun ini, termasuk peningkatan yang dibuat awal tahun ini.

Dalam pada itu, Bullard turut berpendapat bahawa inflasi tidak mungkin akan melonjak lagi walaupun pengangguran dicatat menurun.

Memetik kenyataan beliau lagi, selepas kenaikan kadar faedah pada bulan Mac lalu, rancangan Fed untuk menaikkan kadar faedah pada bulan depan dianggap agresif di saat bacaan inflasi yang masih berada di bawah tahap 2 peratus.

Perjanjian Pemotongan Bekalan Minyak Mentah Bakal Dilanjutkan Sehingga Tahun 2018 : OPEC

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat