Perjanjian Pemotongan Bekalan Minyak Mentah Bakal Dilanjutkan Sehingga Tahun 2018 : OPEC

50

Pasaran minyak mentah meneruskan kelemahan pada Jumaat selepas memasuki dagangan yang tidak menentu sebelum OPEC dan pengeluar utama bersetuju untuk membuat pertaruhan lebih lama bagi menyeimbangkan pasaran.

Dalam mesyuarat di Vienna pada Khamis, OPEC dan beberapa pengeluar non-OPEC bersetuju untuk melanjutkan perjanjian untuk mengurangkan sebanyak 1.8 juta tong sehari pada akhir suku pertama tahun 2018.

Minyak mentah jatuh sebanyak 5 peratus selepas pengumuman dan mula mencatatkan kerugian pada awal sesi dagangan pada Jumaat.

Brent mentah dalam sesi ini diniagakan pada $51.47 setong dengan peningkatan sebanyak 1 peratus daripada harga penutup sebelum ini.

Dalam sesi ini juga, WTI mentah diniaga pada $50 setong pada $48.88 dengan penurunan sebanyak 2 sen dari sesi sebelum ini.

Barclays mengeluarkan kenyataan bahawa lanjutan pemotongan bekalan minyak mentah sedikit sebanyak bakal membantu pasaran untuk mengurangkan isu ledakan minyak mentah yang kian meruncing di dalam pasaran. Namun begitu, jangkaan untuk membawa stok minyak mentah bagi purata pengeluaran dalam tempoh lima tahun berkemungkinan tidak akan mampu dicapai dalam tempoh yang terlalu singkat.

Penganalisis juga berpendapat bahawa pemotongan bekalan yang dipimpin oleh OPEC ini akan menyebabkan Amerika Syarikat menambah jumlah pengeluaran.

Pengeluaran minyak mentah AS telah meningkat sebanyak 10 peratus sejak pertengahan 2016 kepada angka melebihi 9.3 juta tong sehari menghampiri jumlah pengeluar utama minyak mentah dunia iaitu Russia dan Arab Saudi.

Data CPI Jepun Positif, Yen Melonjak!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat