Kenaikan Kadar Faedah ‘The Fed’ Semakin Diragui, US Dolar?

53

Pemain pasaran semakin meragui kenaikan kadar The Fed pada Jun berikutan data inflasi yang lemah minggu lalu.

Kebarangkalian kenaikan kadar pada Jun kini berada di sekitar 44% dari 60% yang direkod sebelum ini berdasarkan anggaran yang dibuat oleh Bloomberg. Bon 2-Tahun kerajaan US (2-year Treasuries) yang paling sensitif terhadap jangkaan polisi The Fed melonjak selama dua bulan berturut-turut.

Para pelabur ketika ini mempersoalkan kekuatan ekonomi US dan juga perancangan The Fed untuk menaikkan kadar sebanyak tiga kali pada 2017 selepas data pekerjaan yang agak lemah bulan lalu dan juga data inflasi minggu lepas.

“Terdapat juga sedikit kejutan dalam pasaran,” kata Kazuaki, ketua jabatan pendapatan tetap CIBC World Market Tokyo. “Ramai orang yang semakin meragui sama ada The Fed akan menaikkan kadar.”

Ketegangan di antara US dan Korea Utara dan juga pilihanraya di UK dan Perancis menambah lagi risiko kepada ekonomi global ketika ini.

The Fed hanya akan menaikkan kadar sekali lagi pada 2017, selepas itu tiada lagi, kata Yusuke Ito, pengurun bon di Tokyo Asset Management One yang menguruskan $461 billion.

“Kekuatan ekonomi US seakan dibesar-besarkan, khususnya selepas Trump memenangi pilihanraya,” katanya. “Semua ini akan menjadi teruk.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat