Kenaikan Kadar Lebih Besar, Ini Jangkaan Menjelang Mesyuarat FOMC

413

Federal Reserve (Fed) dijangkakan secara meluas akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi FOMC yang bakal berlangsung pada minggu ini.

Namun, selepas itu, semua jangkaan terdahulu akan terbatal. Malah, ada kemungkinan bahawa peningkatan kadar faedah yang lebih besar akan dilaksanakan susulan lonjakan terbaharu dalam inflasi Amerika Syarikat.

Penganalisis menjangkakan lebih banyak kenaikan kadar akan dilaksanakan dalam beberapa bulan akan datang memandangkan Pengerusi Jerome Powell dan rakan seperjuangannya yang lain masih belum dapat mengisytiharkan kemenangan mereka dalam memerangi inflasi.

Bukan itu sahaja, peluang kenaikan sebanyak 0.75% kini juga tidak terlepas daripada pandangan penganalisis bahawa Fed akan melaksanakannya.

Bagaimanapun, tidak semua yang berpendapat bahawa Fed akan bertindak sedemikian memandangkan sebelum ini Powell sudah berulang kali mengatakan peningkatan melebihi setengah mata asas tiada dalam pertimbangan mereka.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan bahawa peningkatan kadar faedah oleh Fed tidak membantu menurunkan inflasi, sebaliknya mengakibatkan kemelesetan dalam ekonomi AS.

Sehubungan itu, kenyataan susulan daripada Jerome Powell akan menjadi tumpuan utama pasaran selepas keputusan polisi diumumkan pada hari Khamis, untuk dijadikan petunjuk kepada hala tuju bank pusat selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat