Kenali Kripto: Harmony (ONE)

2,150

Ramai yang mula mengintai potensi Harmony (ONE) selepas lonjakannya pada 26 Oktober. Sesuailah dengan namanya, rangkaian ini dibangunkan bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu di Ethereum.

Bagaimana?

Trivia Harmony (ONE)

  • Diasaskan oleh Stephen Tse, seorang jurutera dalam protokol kriptografik dan dilancarkan pada 2019.
  • Harmony merupakan salah satu komuniti yang dibangunkan di rangkaian Ethereum (ETH).
  • Wujud sebagai penyelesaian sharding sedia ada melalui penggunaan protokol konsensus inovatif yang lebih jimat tenaga dan murah berbanding Proof-of-Work (PoW) yang diterap Ziliqa.
  • Turut mengukuhkan sekuriti rangkaian melalui kaedah Verifiable Random Function (VRF) – pemilihan pengesah dan nod secara rawak.
  • Pembangun boleh mencipta DApps sama seperti di Ethereum memandangkan kedua-duanya menggunakan bahasa pengaturcaraan Solidity dan Ether.js.
  • Jika dibandingkan dengan blockchain lain, Harmony jelas lebih berskala, selamat, dan desentralisasi.
  • Nod pula diuruskan oleh komunitinya yang dikenali sebagai Pangaea, meliputi sejumlah besar ahli dari lebih 100 negara.
  • 5 komponen utama:
    • Harmony menggunakan algoritma, Fast Byzantine Fault Tolerance (FBFT)yang diinspirasikan oleh Practical Byzantine Fault Tolerance (PBFT) Zilliqa.
    • Mengaplikasikan proses Effective Proof-of-Stake (PoS), sebuah sistem sharding yang membenarkan pengesah dengan lebih banyak staked token untuk menjalankan nod.
    • Rangkaian ini juga menyokong komunikasi cross-shard dengan kehadiran Kademlia – melancarkan proses komunikasi melalui penghasilan ID shard, membenarkan nod dalam kalangan shard untuk mengirim dan menerima maklumat, dan menyahkan keperluan komunikasi dengan shard
    • Token natif Harmony, ONE boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan di platform tersebut termasuk: 1/ Pemiliknya diberi peluang untuk menjadi pengesah berdasarkan jumlah ONE, 2/ Staking, 3/ Menjalankan transaksi, 4/ Melindungi rangkaian, dan 5/ Sebagai ganjaran pengguna Harmony.
    • Mencipta dan menggunakan kaedah Distributed Randomness Generation (DRG) melalui gabungan VRF dan Verifiable Delay Function (VDF).
  • Secara umumnya, kehadiran Harmony memberi impak kepada perkembangan sektor DeFi.
  • Projek dan jangka hayat Harmony diperincikan seperti berikut:
    • Harmony telah memiliki 1,000 nod. 640 daripadanya telah dijalankan oleh komuniti Harmony dan masih mencatatkan penerapan yang lebih pantas berbanding blockchain
    • Baru-baru Validator DAO, iaitu organisasi autonomi pertama di rangkaian itu telah dilancarkan. Harmony dijangka akan melancarkan lebih banyak DAO pada tahun ini dan tahun seterusnya.
    • Sebanyak $300 juta dana telah diperuntukkan untuk pertumbuhan ekosistem Harmony.
    • Sebelum ini mereka telah melaksanakan $1 juta hackathon kepada pembangun web3 dan web2 untuk membangun aplikasi, protokol, dan keperluan yang menarik.
    • Harmony masih berusaha untuk menaiktaraf saling kendali dengan kehadiran Ethereum Bridge – membenarkan pengguna untuk merentas diantara kedua-dua rangkaian tersebut.

Rekod harga ONE menunjukkan peningkatan lebih 17,000% sepanjang 2021, bermula dengan nilai $0.00212 sebelum mencecah ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.38 pada 26 Oktober.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat pelaburan terhadap Harmony (ONE), pelabur boleh dapatkannya di platform Binance, Binance.US, dan KuCoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat