Pehh! Ini 3 Faktor Harmony (ONE) Meroket Gila Hari Ini!

1,372

Harmony (ONE) menyaksikan lonjakan sehingga 263%  dari paras terendah $0.095 pada 30 Ogos kepada paras tertinggi $0.345 pada 25 Oktober. Pada masa yang sama, jumlah dagangan ONE mencecah lebih $800 juta.

Tiga faktor kepada lonjakan harga ONE dapat diperincikan kepada berikut:

  1. Perkembangan ekosistem Harmony
  • Rangkaian ini telah melancarkan dana bernilai $300 juta untuk pertumbuhan ekosistem pada 9 September.
  • Mereka juga membentangkan timeline projek pada masa akan datang, bermula dari suku keempat 2021 sehingga suku ketiga 2022 dengan peruntukan $180 juta untuk menaja 100 organisasi autonomi desentralisasi (DAO), 1,000 ganjaran, 10 rakan kongsi, 100 geran, 500 pelancaran, 50 pelaburan, dan 10 hackathons.
  1. Persidangan ONE World yang menarik perhatian umum
  • Persidangan ONE World sedang berlangsung di Lisbon.
  • Harmony percaya melalui cara ini mereka dapat mendidik dan memberi pendedahan kepada umum tentang kebolehan rangkaian Harmony.
  • Sekaligus persidangan tersebut turut menarik perhatian pembangun untuk menyertai ekosistem tersebut.
  • ONE World berjalan pada 18 Oktober dan ketika itu harga ONE mula menunjukkan pergerakan positif daripada $0.22 ke paras tertinggi terbaru (ATH), $0.372 yang direkod sebentar tadi.
  1. Integrasi protokol dan penyenaraian token
  • ONE telah berintegrasi ke dalam platform DeFi seperti AAVE dan Curve.
  • Integrasi terbaru turut melibatkan pelancaran protokol peminjaman, WePiggy dan penyenaraian pasangan matawang kripto ONE/USDC di Crypto.com.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat