Kenali Kripto: Kusama (KSM), ‘Saudara’ Polkadot (DOT)

549

Tidak sah kalau tidak bercakap tentang Kusama (KSM) kerana rangkaian ini dianggap saudara kepada Polkadot (DOT).

Trivia Kusama (KSM)

  • Kusama dilancarkan pada 2019.
  • Diasaskan oleh Dr. Gavin Wood, pengasas Polkadot, Web3 Foundation, dan juga bekas CTO Ethereum.
  • Ditubuhkan untuk Polkadot, sebagai “canary network” atau rangkaian kenari.
  • Memimik kebanyakan ciri utama Polkadot seperti:
    • Menggunakan dua jenis blockchains: 1/ Rangkaian utama (relay chain) di mana berlakunya transaksi kekal, 2/ Rangkaian yang dihasilkan pengguna atau user-generated network (parachain).
  • Relay Chain
    • Blockchain utama Kusama, tempat berlakunya penyelesaian transaksi.
    • Menggunakan variasi Proof-of-Stake (PoS), nominated proof-of-stake(NPoS).
    • Pengguna yang stake KSM dan menjalankan dua peranan iaitu: validator (pengesah) dan nominator (pencalon) berpeluang untuk menerima ganjaran KSM.
  • Parachains
    • Merupakan custom blockchains, atau ringkasnya – blockchains yang boleh ditetapkan mengikut kesesuaian.
    • Menggunakan relay chainuntuk pengkomputeran sumber bagi memastikan ketepatan transaksi.
  • Sehingga ke hari ini sebanyak 8 parachains atau projek sudah ditubuhkan di Kusama: Statemine, Karura, Bifrost Finance, Shiden Network, Calamari Network, Moonriver, Khala Network, dan KILT Protocol.
  • Manakala lagi 142 projek masih lagi dalam pembidaan.

Kusama Tidak Sama Dengan Polkadot (DOT)

Perbezaan dua rangkaian ini dapat diperincikan melalui gelaran Kusama sebagai platform eksperimen sebelum mana-mana projek atau produk dilancarkan sepenuhnya di Polkadot.

Ringkasnya begini, sebarang projek misalnya aplikasi desentralisasi (DApps) yang baharu akan ditempatkan di Kusama (sekurang-kurangnya 7 hari untuk mengundi keputusan dan 8 hari untuk membuat perubahan) bagi pengujian kestabilan produk sebelum dilancarkan di rangkaian utama.

Sedangkan di Polkadot, mengambil masa sehingga sebulan bagi setiap fasa. Malah, rangkaian ini menfokuskan kepada pendekatan yang memastikan kestabilan dan sekuriti berkaitan projek hebat dan berisiko rendah seperti aplikasi kewangan.

Token KSM

KSM boleh dikatakan antara matawang kripto yang mencatatkan kegemilangan pada 2020. Manakan tidak, pada awal tahun aset tersebut didagangkan pada $1.5 dan pada Disember nilainya sudah menyentuh paras $70. Ketika penulisan artikel ini, nilainya sudah mencecah lebih $400!

Token ini memainkan peranan sebagai alat untuk mengesahkan rangkaian, mencalonkan pengesah, menggabungkan parachains atau parathreads, dan pengundian.

KSM boleh didapati di platform pertukaran kripto seperti Binance, KuCoin, Krake, Huobi dan Gate.io. Selain daripada itu, pelabur juga boleh mendapatkan KSM melalui penyertaan dalam rangkaian dual-node Kusama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat