Kenali Uniswap, Pertukaran Tidak Berpusat Terunggul Di Ethereum

527

Memiliki unicorn sebagai logo rasmi, Uniswap tampil mendominasi pasaran pertukaran tidak berpusat (decentralized exchange) atau DEX di rangkaian Ethereum dengan pertama kali mencatat rekod dagangan lebih $100 bilion.

Uniswap merupakan protokol pertukaran tidak berpusat yang dibina di Ethereum pada 2018, menfokuskan kepada penukaran token ERC20.

Memiliki ciri protokol kecairan automatik, Uniswap membenarkan penggunanya berdagang tanpa halangan dengan ciri desentralisasi dan penapisan yang tinggi.

Menariknya, sebarang jenis token boleh dimuatkan ke dalam Uniswap dengan membayar setara nilai ETH dan token ERC20 yang didagangkan.

Contohnya, anda mahu membuat pertukaran bagi token Durian (DRN), anda perlu melancarkan kontrak pintar baru Uniswap dan bina liquidity pool dengan DRN dan ETH yang masing-masing bernilai $10. Dengan menggunakan ETH anda boleh tukarkan terus ke DRN dengan nilai yang sama.

Ya, benar. Token Durian benar-benar wujud!

Umumnya, apa yang dilakukan oleh Uniswap adalah mengimbangi nilai token dan menukarkannya berdasarkan berapa banyak pelabur mahu membeli dan menjualnya.

Uniswap memiliki token natif, UNI. Pemegangnya berhak untuk mengundi dalam pembangunan baru dan, perubahan terhadap platform dan struktur yuran, termasuk seberapa banyak token patut diedarkan kepada komuniti dan pembangunnya.

Dicipta pada September 2020, sebanyak 1 bilion UNI telah diedarkan kepada 150 juta pengguna platform Uniswap. Setiap seorang menerima 400 token UNI yang mana pada ketika itu bernilai lebih $1,000.

Token UNI juga boleh dianggap sebagai respons Uniswap terhadap protokol SushiSwap yang sedang menaik. Dalam persaingan sektor DEX, SushiSwap dilihat tampil sebagai pesaing sengit yang cuba melumpuhkan Uniswap melalui proses yang dikenali sebagai ‘vampire mining‘.

Banyak lagi projek Uniswap sebenarnya. Antara lainnya, pelancaran Uniswap V2 pada Mei 2020, satu penambahbaikan terbesar yang dilakukan bagi membenarkan pertukaran ERC20 kepada ERC20 secara langsung dan menyokong token ERC20 yang sebelum ini tidak serasi seperti OmiseGo (OMG) dan Tether (USDT).

Terbaru, pelancaran Unisocks (SOCKS), token yang bersandarkan pada sepasang stokin pada sekitar awal Februari lalu. Uniswap juga merancang dengan pembaharuan kepada Uniswap V3.

Setakat ini masih belum ada sebarang kepastian, namun sudah pasti komuniti Uniswap tidak sabar dengan pembaharuan terbaru yang menguntungkan!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat