Kenapa EUR/USD Melonjak 90 Pips Walaupun Data Ekonomi US Positif?

915

Pergerakan bercampur-campur dalam pasaran yang menarik pada dagangan Rabu semalam khususnya buat matawang US dolar dan juga Euro.

Pada sesi Eropah semalam, Euro dilihat menunjukkan pengukuhan yang didorong oleh terbitan data aktiviti ekonomi di zon Eropah yang positif dengan kenaikan yang cuba dipaparkan pada carta pasangan matawang EUR/USD.

Namun kenaikan hanya sementara menguji sekitar paras 1.12400 sebelum harga menjunam semula ke zon support di bawah paras 1.12000 dengan jangkaan untuk bacaan data ekonomi US yang kukuh.

Perubahan pekerjaan bagi sektor swasta menunjukkan kenaikan namun gagal melepasi jangkaan sementara data bulan sebelum yang dikemaskini mencatatkan angka yang lebih tinggi.

Seterusnya, disusuli data PMI pembuatan tinjauan ISM yang menunjukkan angka yang meningkat untuk aktiviti ekonomi pada bulan Jun.

Namun begitu, data-data positif tersebut gagal mempertahankan pengukuhan US dolar apabila pelabur dikejutkan dengan penyusutan ketara semula US dolar di sesi New York dengan laporan positif berkenaan penghasilan vaksin Covid-19 oleh syarikat bioteknologi Jerman dan firam farmasi US yang pada hasil ujian awal terhadap manusia.

Hal ini telah memperlihatkan lonjakan ketara harga pada carta EUR/USD sekitar 90 pips dari paras terendah 1.11850 sehingga melepasi paras ketinggian 1.12700.

Namun harga kembali bergerak perlahan di hujung sesi New York dan menutup dagangan lebih rendah sebelum bergerak mendatar pada sesi Asia pagi ini di sekitar paras 1.12500 yang merupakan zon SBR (support become resistance).

Sentimen risk-on pasaran yang melemahkan dagangan US dolar bakal mendorong kenaikan lebih tinggi pada carta EUR/USD berkemungkinan kembali menuju paras resistance 1.13500 yang diuji pada minggu-minggu sebelum ini.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula berkemungkinan disokong oleh laporan data pekerjaan NFP AS yang positif, harga bakal menguji semula zon support di bawah paras 1.12000.

Jika zon support tersebut berjaya ditembusi, pelabur bakal menjangkakan penurunan lebih rendah harga menuju paras tumpuan pada 1.11000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat