Kenapa Pula Matawang GBP Jatuh Menjunam Pagi Tadi? Ini Sebabnya.

1,061

Gabenor Bank of England (BoE), Mark Carney pada Khamis telah menyebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah semakin berkurangan pada bulan depan.

Matawang GBP jatuh menjunam selepas komen beliau terhadap polisi monetari dengan GBP/USD jatuh sebanyak 130 pip. Matawang GBP melemah secara mendadak berbanding matawang-matawang utama yang lain dengan GBP/JPY jatuh sehingga 120 pip dan GBP/CAD jatuh 150 pip.

Matawang GBP jatuh menjunam selepas Carney mengatakan data baru-baru ini adalah bercampur-campur. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa ketidaktentuan Brexit boleh menyebabkan kenaikan kadar faedah ditangguhkan.

“Saya tidak mahu terlalu fokus kepada masa yang spesifik, ia adalah tentang halatuju yang umum,” kata Carney kepada BBC.

Jika dilihat daripada data-data sepanjang minggu ini, ia menunjukkan kepada kelemahan matawang GBP. Data tumpuan bagi ekonomi UK pada minggu ini adalah data pekerjaan pada Selasa, data inflasi, CPI pada Rabu dan data jualan runcit pada Khamis.

Ketiga-tiga data merekodkan bacaan negatif dengan kadar pendapatan pada Rabu meleset daripada jangkaan pasaran. Bacaan inflasi, CPI hanya naik 2.5% meleset daripada jangkaan 2.7% dan data jualan runcit pada hari ini jauh merosot 1.2% berbanding jangkaan kejatuhan 0.5%.

“Data adalah bercampur-campur, kami akan duduk bersama dan membincangkan perkara ini,” kata Carney.

Apa yang paling penting, hasil daripada rundingan perpisahan dengan Kesatuan Eropah akan menjadi faktor utama kepada keputusan kami dalam beberapa tahun akan datang, kata Carney.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat