Kenapa Syarikat Berjenama Besar Dah Mula ‘Join’ NFT?

2,314

Anda tahu tak, sekarang dah banyak syarikat-syarikat yang berjenama besar global telah menyertai dunia non-fungible token (NFT)?

Seperti yang pernah dilaporkan oleh oleh INTRADAY sebelum ini, antara jenama besar yang terlibat dalam pasaran ini adalah Nike, Adidas, Instagram dan McDonald.

Bukan itu sahaja, tetapi syarikat-syarikat seperti Taco Bell, Pizza Hut dan Pringles juga telah hasilkan NFT mereka sendiri.

Tapi, apa yang menyebabkan mereka ‘berani’ untuk membelanjakan jutaan wang untuk membuat pelaburan terhadap produk NFT ini?

NFT Yang Semakin ‘Hype’

  • 2021 menyaksikan permulaan kepada pertumbuhan NFT sebelum menjelang 2022 yang dikatakan satu kegilaan.
  • Penggunaan NFT dilihat akan semakin meluas seperti mana penggunaan telefon bimbit sewaktu ketika dahulu yang mana ia menjadi satu keperluan buat setiap individu pada masa sekarang. Syarikat-syarikat ini pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti peredaran arus semasa.

Pendapatan Sampingan Firma-Firma Besar

Dunia Digital Dilihat Sebagai Masa Depan

  • Seperti mana internet menjadi ‘masa depan’ pada suatu ketika dahulu, begitu juga pandangan syarikat-syarikat berjenama ini yang melihat dunia digital sebagai masa depan.
  • Ini mendorong syarikat-syarikat tersebut berbelanja besar untuk memanfaatkan faedah bagi memasarkan jenama mereka dalam dunia maya, metaverse.

Bertitik tolak daripada ini, tidak mustahil sekiranya lebih banyak syarikat-syarikat berjenama besar akan menyertai dunia NFT supaya tidak terlepas peluang.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat