Cepat Sambar! McDonald Lancarkan 188 NFTs Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-31!

408

Restoran makanan segera terbesar dunia, McDonald telah melancarkan satu set non-fungible token (NFT) pada 8 Oktober sempena meraikan ulangtahun ke-31.

Set tersebut merupakan sebahagian daripada program giveaway dan ia mengandungi 188 NFT yang dinamakan sebagai “Big Mac Rubik’s Cube”.

Bagaimanapun, hanya pekerja dan pelanggan McDonald sahaja berpeluang untuk menerima giveaway tersebut dan terhad untuk pasaran China sahaja.

Pelancaran tersebut dimuatnaik di akaun Twitter rasmi Conflux Network pada Jumaat.

Rincian NFTs oleh McDonald China:

  • Dibina di blockchain umum, Conflux.
  • Dicipta dengan kerjasama agensi pembangunan aset digital, Cocafe.
  • Rekabentuk berdasarkan tiga dimensi, mengikut struktur pejabat baru HQ McDonald China.

Sedikit aneh apabila McDonald China melancarkan NFT ketika negara tersebut mengharamkan perdagangan kripto dan menyekat sebarang perdagangan melibatkan matawang kripto.

Antara yang terbaru, pengeluar keperluan atau peranti perlombongan kripto, Bitmain terpaksa menghentikan penghantaran mesin perlombongan Antminer ke China.

Sebagai rekod, sejumlah besar saham McDonald China dimiliki oleh syarikat pelaburan negara, CITIC Group.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat