Instagram Teruja Untuk Sertai NFT!

323

Selepas Twitter, giliran Instagram pula mahu berintegrasi dengan non-fungible token (NFT).

Keterujaan ini bermula apabila CEO Instagram, Adam Mosseri mendedahkan platform media sosial itu sedang aktif memantau pertumbuhan NFT.

Dalam sesi Q&A baru-baru ini, Mosseri menjelaskan: “Kami sedang meneliti bagaimana untuk pastikan teknologi NFT dapat diakses kepada orang ramai…Komuniti Instagram dapat berinteraksi, sekaligus membantu pencipta kandungan.”

Sebagai rekod, pada sekitar Jun 2021 individu ini pernah berkongsi bagaimana NFT akan berfungsi di platform tersebut, termasuk boleh disambungkan ke wallet digital seperti MetaMask.

Tidak cukup dengan itu, pada Mei 2021 artis Sean Williams ada memberitahu bahawa Instagram sudah menghubungi pencipta seni dalam ekosistem NFT untuk dapatkan sokongan penubuhan platform NFT.

Harus diakui, pasaran NFT mendapat sambutan yang luar biasa sepanjang 2021 walaupun pada awal penularan hype ini dilihat agak ‘aneh’ dan sukar untuk diterima akal.

Tetapi rekod bagi separuh pertama 2021 menyaksikan pasaran NFT mencatatkan keuntungan sehingga $2.5 bilion! Berbeza dengan pertumbuhannya pada 2018, ketika itu hanya $41 juta NFT didagangkan.

Beberapa jenama besar telah pun menceburi ekosistem NFT, termasuklah: CNN, Times, Adidas, McDonald, MyeongDong Topokki MY, Nike, Pizza Hut Canada, Pringles, Coca-Cola, Ubisoft, Twitch, The South China Morning Post, NBA, Gucci, Burberry, Louis Vuitton, dan banyak lagi.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat