Kenapa USD Beri Reaksi Bertentangan Walaupun Kadar Faedah Naik?

678

Reaksi US dolar susulan keputusan polisi FOMC tidak seperti diharapkan apabila mata wang gergasi itu didagangkan menyusut pada sesi Asia.

Federal Reserve (Fed) menepati jangkaan dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% dan memberi indikasi bahawa terdapat 6 kenaikan lagi pada tahun ini.

US dolar pada mulanya melonjak tinggi susulan keputusan tersebut dengan mata wang yen menjunam ke paras terendah terbaharu sejak 2016. Namun, raja mata wang itu kembali menyusut tidak lama selepas itu.

Pasaran saham turut meningkat semula selepas mempamerkan penurunan, disokong oleh kenyataan Pengerusi Jerome Powell yang optimis mengenai pengembangan dalam ekonomi AS.

Penyusutan yang dipamerkan US dolar mungkin disebabkan pelabur yang telah meletakkan jangkaan lebih awal terhadap kenaikan kadar oleh Fed sehingga mendorong mata wang gergasi itu meningkat tinggi sebelum mesyuarat berlangsung.

Sementara itu, pelabur terus positif dengan kesepakatan antara Ukraine-Rusia meskipun belum ada kemajuan sebenar dalam rundingan damai dari kedua-dua pihak.

Mata wang euro memanfaatkan kemerosotan USD dengan mencatatkan kenaikan sederhana, selain turut disokong oleh aliran masuk terhadap aset berisiko di tengah sentimen positif pasaran.

Tumpuan pelabur seterusnya ditumpukan kepada mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE), menyaksikan mata wang pound didagangkan meningkat dari paras terendahnya sejak November 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat