Kenyataan Awal ECB Membuatkan Matawang Euro Menguat

748

Matawang Euro membuat lonjakan yang jelas dilihat dalam pair EUR/USD sejak pukul 8.45 malam tadi apabila ECB mengurangkan kenyataan yang berbaur dovish. Pair EUR/USD setakat ini telah membuat kenaikan sehingga 60 pip pada masa artikel ini ditulis.

European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.00% dan kekal dengan keputusan mengurangkan pembelian bon bermula pada Januari 2018.

Dalam kenyataan awal polisi, ECB mengesahkan akan meneruskan pembelian bon sebanyak 30 billion euro sebulan sehingga September, atau lebih jika perlu dan sehingga Governing Council (Ahli ECB) melihat pengukuhan inflasi menuju ke arah sasaran inflasi bank pusat.

Apa yang menyebabkan kenaikan matawang Euro adalah tindakan ECB mengurangkan kecenderungan pelonggarannya (easing bias) dalam kenyataan awal tadi. Ini boleh dilihat jika kita membuat perbandingan antara kenyataan kali ini dengan kenyataan polisi pada Januari lepas.

Antara kecenderungan yang telah dikurangkan atau dibuang daripada kenyataan kali ini adalah:

“Jika keadaan menjadi kurang baik, atau jika keadaan pasaran kewangan menjadi tidak konsisten dengan pergerakan menuju perubahan inflasi yang kukuh, Governing Council bersedia untuk meningkatkan program pembelian bon dari segi masa atau jumlah.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat