Kenyataan Pengerusi HSBC yang Membandingkan Brexit dengan Permainan ‘Jenga’ Sebelum Ini disokong Gabenor Ini!

55

Memberi kenyataan pada Rabu, Mark Carney yang juga Gabenor Bank of England mengatakan bahawa sektor kewangan yang mendominasi Britain goyah disebabkan bahagian utama industri tersebut akan berpindah ke tempat lain gara-gara Brexit.

Carney memberitahu penggubal undang-undang bahawa beliau bersetuju dengan komen yang dibuat oleh Pengerusi HSBC sebelum yang membandingkan London dengan permainan ‘Jenga’. Brexit diumpamakan seperti mengeluarkan kepingan kayu satu demi satu dari binaan yang kukuh dengan harapan supaya binaan tersebut kekal utuh dan tidak runtuh.

Beliau turut menyifatkan analogi itu adalah perbandingan yang cukup baik kerana undian Brexit ibarat meletakkan Britain ke dalam sebarang kemungkinan yang tidak pasti.

Perkhidmatan kewangan menyumbang satu per sepuluh daripada ekonomi British. Jadi kehilangan sektor ini seperti menambah malapetaka buat kerajaan Britain.

Carney juga mengulangi pandangannya bahawa Britain memerlukan satu tempoh peralihan bagi melicinkan proses keluar dari Zon Euro.

Kehilangan akses ke pasaran tunggal juga akan menyebabkan Britain mengalami kerugian yang besar.

Sebelum ini, pegawai tertinggi sektor kewangan telah menjangkakan bahawa puluhan ribu pekerjaan dalam sektor kewangan bakal musnah jika akses masuk ke pasaran tunggal disekat.

Menurut Carney lagi, keputusan untuk keluar dari blok menimbulkan lebih banyak risiko jangka pendek buat sistem kewangan di benua Eropah berbanding Britain berikutan kepentingan sektor tersebut buat wilayah terbabit. Beliau memberi kenyataan tersebut ketika mempengerusikan Lembaga Kestabilan Kewangan Global yang akan menyelaraskan peraturan kewangan bagi ekonomi semua anggota G20.

Peralihan sektor ini akan menyebabkan risiko kestabilan kewangan serta Britain perlu bekerja keras dalam membentuk peraturan bagi industri kewangan secara global selepas keluar dari EU.

Dalam masa yang sama, beberapa ahli politik melihat Brexit sebagai peluang untuk memecahkan dominasi kewangan British di rantau ini.

Kenaikan Jumlah Inventori Minyak Mentah Rasmi dari AS Mengganggu Ketenangan Perjanjian OPEC!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat