Kenyataan Rasmi ECB Dalam Penetapan Polisi Pada Khamis

53

European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah di paras terendah -0.1% dan mengurangkan pembelian bon bermula pada Januari 2018. Kenyataan awal juga menunjukkan nada dovish walaupun spekulasi sebelum ini menjangka ECB akan mengurangkan kecenderungan pelonggaran.

Di samping kadar faedah yang dikekalkan, bank pusat juga mengekalkan jumlah pembelian aset berjumlah 60 billion Euro sehingga Disember 2017.

Bermula Januari 2018, ECB akan mengurangkan pembelian bon kepada 30 billion euro sebulan sehingga September, atau lebih jika perlu dan sehingga Governing Council (Ahli ECB) melihat pengukuhan inflasi menuju ke arah sasaran inflasi bank pusat.

“Ahli-ahli ECB juga menjangka kadar utama polisi akan kekal pada paras semasa atau lebih rendah lagi dalam satu tempoh di masa akan datang,” dalam kenyataan polisi yang dikeluarkan sebentar tadi.

Kesimpulan dari kenyataan polisi menunjukkan ECB masih mengekalkan frasa atau bait-bait perkataan yang menggambarkan bank pusat masih melihat kebarangkalian rangsangan akan diteruskan selepas September 2018.

“Jika keadaan menjadi kurang baik, atau jika keadaan pasaran kewangan menjadi tidak konsisten dengan pergerakan menuju perubahan inflasi yang kukuh, Governing Council bersedia untuk meningkatkan program pembelian bon dari segi masa atau jumlah,” tegas ECB, yang mengesahkan bank pusat masih terbuka untuk menambah pelonggaran polisi jika diperlukan.

Bank pusat juga akan terus melaburkan semula hasil dari nilai aset yang telah matang di bawah APP (Asset Purchase Program), pada masa akan datang selepas pembelian bon berakhir.

Nantikan ulasan penuh selepas sidang media Mario Draghi yang bermula pukul 8.30 malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat