Kepimpinan Liz Truss Bagai Retak Menanti Belah

247

Kekacauan dalam politik UK tampaknya tidak terhenti dengan pemecatan Kwasi Kwarteng sebagai Menteri Kewangan, malah Perdana Menteri Liz Truss terpaksa menyaksikan pemergian seorang lagi penyokongnya.

Suella Braverman  melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Dalam Negeri kerana menggunakan alamat e-mel peribadi yang melanggar peraturan menteri.

Surat perletakan jawatannya juga menunjukkan keretakan dalam kepimpinan Truss di mana Braverman sempat memberikan kritikan terhadap pemimpin itu berhubung dasar cukainya.

Ekoran itu, Truss melantik pegawai kanan parti Konservatif Grant Shapps yang juga penyokong tegar Rishi Sunak bagi mengisi kekosongan itu.

Rishi Sunak adalah pesaing Truss ketika bertanding bagi jawatan Perdana Menteri dan pelantikan Shapps mengejutkan ramai pihak memandangkan sebelum ini beliau pernah mengkritik pemimpin itu.

Terdahulu, Liz Truss juga melantik penyokong Sunak iaitu Jeremy Hunt sebagai Menteri Kewangan yang telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan ‘membuang’ belanjawan mini Truss.

Truss terus mendapat kritikan atas keengganan beliau untuk berundur daripada jawatannya susulan kesilapannya melancarkan belanjawan yang telah menyebabkan kejatuhan dalam pasaran kewangan UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat