Keputusan Fed Tidak Akan Sesekali Terpengaruh Dengan Dasar Politik AS!

39

Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker mengatakan bahawa bank pusat akan lebih agresif untuk meningkatkan kadar dalam mesyuarat Disember nanti jika pentadbiran di bawah Presiden Donald Trump mengadaptasi rangsangan fiskal ke dalam ekonomi AS.

Tambah beliau lagi ketika mengulas hal ini kepada pemberita, kenaikan kadar ini tidak akan menyebabkan kemelesetan ekonomi.

Sebelum ini Fed ada mengatakan bahawa kadar akan dinaikkan secara beransur-ansur. Jadi, dengan kejayaan yang mengejutkan oleh Trump dalam pilihanraya lepas sekali gus ibarat menyokong hasrat Fed kerana Trump pernah berjanji untuk mengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan infrastruktur.

Harker tidak akan mengundi dalam pertemuan pegawai-pegawai Fed bagi tahun ini. Namun beliau kuat mengatakan bahawa Fed akan menaikkan kadar selepas kali terakhir menaikkannya pada Disember 2015.

Dalam ucapan beliau pada awal hari ini, Harker berkata bahawa Fed mesti mengekalkan penetapan kadar menurut pendapat umum dan tidak dipengaruhi oleh unsur politik.

Hal ini bagi memastikan segala keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk ekonomi Amerika.

Pada Februari, Trump ada menyatakan sokongan beliau untuk audit yang lebih ketat oleh Fed. Pun begitu, beliau tidak menyatakan sebarang hala tuju untuk institusi itu selepas memenangi pilihanraya.

Audit yang dimaksudkan itu termasuklah pendedahan lebih banyak maklumat mengenai proses penggubalan dasar untuk menetapkan kadar faedah.

Pun begitu, Harker bersetuju dengan komen penggubal dasar Fed yang menyatakan bahawa buku-buku kewangan mereka sudah melalui audit yang ketat oleh akauntan bebas. Pegawai-pegawai Fed juga menegaskan bahawa mereka perlu melindungi kerahsiaan dokumen bagi penetapan keputusan dasar monetari bagi mengelakkan keputusan diganggu oleh dasar politik.

Harker turut mengeluarkan komen bahawa Fed tidak akan terpengaruh dengan pendapat umum atau kitaran langsung proses pilhanraya.

Data Jualan Runcit US Sudah Semakin Baik!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat