Keruntuhan UST & LUNA: Ini Rincian ‘Mindblown’ Yang Anda Perlu Tahu!

1,691

Terlalu awal untuk tarik nafas lega, namun TerraUSD (UST) dan Terra (LUNA) sudah menunjukkan pergerakan positif.

Ketika penulisan, UST mencatatkan peningkatan lebih 50% sejak tengah malam tadi, dari paras $0.51 kepada $0.76. Tetapi kembali susut menyentuh zon $0.50.

Manakala LUNA dilihat sukar untuk meningkat, didagangkan pada $0.46 selepas berjaya mencecah $1.5 pada awal pagi susulan daripada penyusutan ke paras $0.7 pada malam tadi.

Do Kwon dan Pelan Pemulihan

  • CEO Terra, Do Kwon membentangkan pelan pemulihan keruntuhan UST dan LUNA melalui ciapan di laman sosial Twitter.
  • Pihaknya akan menambah base pool dari 50 juta kepada 100 juta Hak Penarikan Khusus (Special Drawing Rights, SDR) dan mengurangkan PoolRecoveryBlock dari 36 kepada 18.
  • Mereka juga akan menghasilkan UST empat kali ganda daripada biasa.

Arca Yakin Kemampuan UST

  • CEO syarikat pengurusan aset, Arca; Rayne Steinberg meluahkan keyakinannya terhadap UST, mendakwa ia akan kembali terikat dengan dolar AS dan berpeluang untuk menebus kembali ‘kekalahan’ sejak awal minggu:

“Misalnya, kami berpeluang untuk membeli UST pada diskaun besar setanding dalam Dana Hasil Digital (DYF) dan depositkannya dengan platform FTX yang menawarkan hasil peratusan tahunan (APY) 100% memandangkan ketidakseimbangan jumlah pembeli/penjual ketika ketakutan memuncak.”

“Bye!” – Arrington Capital

  • Syarikat pelaburan kripto, Arrington Capital telah memadam dana bernilai $100 juta yang terikat dengan platform pinjaman dan simpanan, Anchor di Terra.
  • Dana tersebut didukung oleh rakan kerjasama Arrington Capital, dan Terraform Labs.
  • Namun pengasasnya, Michael Arrington berharap permintaan produk berdasarkan dana itu – insurans ‘Risk Harbor Anchor UST’ – berkurangan:“Kami tidak lagi membuka peluang untuk dana ini.”

Jaga-jaga, Ada Campur Tangan SEC!

  • Dua bekas peguam Securities and Exchange Commission (SEC) memberitahu agensi tersebut telah pun menyiasat insiden UST .
  • Ini sudah dijangka kerana platform DeFi, protokol Mirror sudah lama di bawah siasatan SEC.
  • Lagi-lagi pada April, Kwon mendakwa stablecoins bukan sekuriti, menimbulkan persoalan berkaitan kenyataan tersebut dan situasi kompleks melibatkan Anchor, dan Luna Foundation Guard (LFG).
  • Perbendaharan AS juga telah membuka mulut susulan daripada keruntuhan harga UST.

Identiti Do Kwon = scammer?

  • Bekas jurutera Terraform Labs mendakwa pengasas Terra rupanya Rick Sanchez, pengasas stablecoin yang dikenali sebagai Basis Cash (BAC).
  • BAC dilancarkan pada Disember 2020 di Ethereum.
  • Sifatnya sama seperti UST yang bersandarkan pada dolar atau kolateral lain (seperti UST dan LUNA).
  • Seunit BAC telah mencecah $155 sebelum terjunam ke paras bawah $0.10.
  • Projek ini hilang dari radar selepas kebimbangan terhadap undang-undang kripto meningkat.
  • Spekulasi ini masih belum disahihkan, Kwon juga belum memberi sebarang komen berkaitannya.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat