Kesan daripada Brexit mula kelihatan dan naik Gabenor BoE tidak gembira

43

Menurut naib gabenor Bank of England, Sam Woods, pasaran perumahan dilihat bergerak perlahan diakibatkan oleh keputusan majoriti rakyat UK pada bulan lepas yang mahu keluar daripada EU.

“Kita dapat melihat kesan kurang baik oleh Brexit dan sektor perumahan menjadi salah satu sektor yang dipengaruhi, dengan perlahannya pergerakan pasaran dan juga harga,”Woods berkata dengan merujuk data daripada Royal Institution of Chartered Surveyors, Halifax dan Rightmove.

Tambahnya lagi, “Ia sangat munasabah keputusan referendum dan ketidakpastian yang berlaku telah memberi kesan kepada pasaran.”

Woods pada akhir ayatnya memberitahu permintaan bagi pinjaman bank dalam keadaan tidak pasti dan pasaran perumahan yang lemah mungkin akan mengurangkan permintaan tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat