Kesan Ucapan Powell, EUR/USD Melonjak 100 Pips, Menjunam Semula 140 Pips!

600

Menggegarkan pasaran semalam susulan ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell dalam acara tahunan simposium Jackson Hole yang memberikan reaksi bercampur para pelabur.

Secara rumusan, Powell menyatakan bahawa akan berlaku rombakan polisi dengan memperkenalkan perubahan pada sasaran purata inflasi yang bermaksud penggubal polisi selepas ini berkemungkinan akan membiarkan kadar inflasi untuk meningkat melebihi paras 2%.

Susulan ucapan beliau, dapat dilihat pergerakan drastik harga berlaku ekoran reaksi dari pemain pasaran di mana matawang US dolar bergerak dengan aktif.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga telah melonjak sekitar 100 pips dari paras 1.18000 sehingga mencecah paras ketinggian 1.19000. Kenaikan tersebut didorong oleh penyusutan US dolar berkemungkinan disebabkan pandangan awal pelabur terhadap perubahan pada polisi bank pusat.

Namun, setelah memahami bahawa kadar inflasi akan dibiarkan untuk meningkat lebih tinggi berbanding sasaran sebelum ini, US dolar kembali mengukuh sehingga harga menjunam semula hampir 140 pips.

Harga menjunam hampir menyentuh paras 1.17600 sebelum kembali melonjak semula ke paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga sebelum mendatar dan menutup dagangan sesi New York di sekitar 1.18200.

Penurunan harga yang diteruskan dijangka akan kembali menguji zon support 1.17800 dan juga paras terendah yang dicecah semalam.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon support di bawah paras 1.17200.

Namun jika harga kembali membuat cubaan kenaikan, paras ketinggian 1.19000 yang berjaya dicapai semalam akan kembali menjadi tumpuan harga.

Kenaikan lebih tinggi bakal menguji zon resistance pada minggu sebelum ini di bawah paras 1.19900.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat