Ketidakstabilan Pasaran Kewangan di India Antara Punca Permintaan Emas Merosot

70

Harga emas meningkat sedikit dalam sesi Asia pada Jumaat selepas memulih dari tahap terendah baru-baru ini. Logam ini agak stabil walaupun US Dollar kekal mengukuh berikutan beberapa faktor yang terus menyokong matawang tersebut.

Di Comex, emas di New York Merchantile Exchange bagi penghantaran Februari meningkat 0.28 peratus kepada $1,132.95 troy ounce. Silver futures dan copper futures juga masing-masing meningkat dalam sesi ini.

Semalam, harga emas jatuh ke paras 10 bulan. Penjualan global secara besar-besaran, dana dagangan emas serta pasaran yang lemah di China juga merupakan antara faktor yang menyebabkan emas kehilangan momentum.

Permintaan di India turut mengalami penurunan sejak akhir-akhir ini setelah mengalami masalah kecairan nilai berikutan pertukaran besar-besaran terhadap matawang kertas disana.

Kuwait Ada Berita Penting Buat Pasaran Minyak Mentah Dunia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat