Ketika Pasaran Masih Nantikan Keputusan, Matawang Ini Terus Lemah

671

US dolar terus memanjangkan penyusutan dari paras ketinggian satu bulan yang dicapainya pada Isnin ketika pasaran terus menantikan perkembangan terbaru dalam keputusan pilihan raya di beberapa negeri utama yang masih dalam proses pengiraan undi.

Kemenangan Biden di negeri utama, Michigan dan Wisconsin telah membuka jalan kepada beliau untuk melangkah ke arah kemenangan yang hanya memerlukan 6 lagi undian elektoral.

Walau bagaimanapun, parti Demokrat mungkin gagal meraih kuasa dalam Kongres memandangkan Republik dilihat semakin cenderung untuk menguasai Senat. Ini pastinya menimbulkan kesukaran untuk melaksanakan langkah rangsangan lebih besar yang diinginkan Demokrat selama ini.

Para pelabur juga mungkin akan terus berwaspada berikutan ketidakpastian oleh Presiden Donald Trump yang pastinya menentang keras jika Biden menang pilihan raya ini.

Malah, beliau telah mengemukakan tuntutan untuk menghentikan proses pengiraan undi di Georgia dan Pennsylvania serta mengira semula undi di Michigan dan Wisconsin.

Sementara itu, kelemahan US dolar telah dimanfaatkan oleh kebanyakan matawang utama, di mana euro meningkat lebih tinggi ketika pasaran menjangkakan kemenangan Joe Biden.

Bagi matawang komoditi, dolar Aussie, dolar kiwi dan loonie juga meraih keuntungan, dengan dolar Aussie didagangkan di sekitar paras ketinggian 3 minggu berbanding US dolar pada 0.7190.

Antara yang turut menjadi tumpuan pasaran hari ini adalah mesyuarat polisi FOMC, di mana Federal Reserve (Fed) dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat