Ketuk-ketuk pasaran minggu ini

35

Pagi ini, ketika pasaran Asia dibuka, GBP dilihat melemah setelah berlakunya gap down sebanyak 250 pips. Untuk bacaan mengenai kekuatan matawang, baca artikel ini.

Semua ini berikutan keputusan rakyat British untuk keluar daripada Kesatuan Eropah pada jumaat lalu. Kemungkinan besar Pound akan disokong oleh Bank of England setelah Mark Carney mengeluarkan kenyataan telah menyediakan  £250 billion bagi membantu pasaran berjalan dengan baik untuk minggu-minggu akan datang.

Dalam kenyataanya lagi, segala langkah yang diperlukan akan diambil bagi memastikan kestabilan kewangan UK. Sementara itu, Central banks G7 juga bersedia untuk menyediakan liquidity tambahan kepada pasaran jika diperlukan.

EUR/USD juga mengalami tekanan akibat daripada Brexit ini. Manakala Swiss National Bank berkata mereka akan masuk campur dalam matawangan CHF.

JPY masih lagi mengukuh, Cuma dirisaukan adalah campur tangan Bank of Japan.

Minggu ini Presiden Federal Reserve, Janet Yellen akan berucap di European Central Bank di Portugal pada hari rabu, dan ini akan menjadi tumpuan pelabur-pelabur besar bagi mengetahui kesan menyeluruh Brexit terhadap ekonomi US dan mengenai rate hike.

Antara news penting minggu ini adalah :

Selasa

  • US akan mengeluarkan laporan terakhir perkembangan ekonomi untuk suku pertama pada sektor swasta mengenai consumer confidence
  • Ucapan Presiden ECB , Mario Draghi

Rabu

  • Janet Yellen akan berucap di konferens ECB di Portugal
  • Inventori minyak mentah

Khamis

  • UK akan mengeluarkan laporan akaun semasa
  • Canada akan mengeluarkan laporan perkembangan GDP bulanan
  • UK akan mengeluarkan data unemployment claim

Jumaat

  • Jepun akan mengeluarkan laporan perbelanjaan isirumah, inflasi & pembuatan, serta aktiviti sektor perkhidmatan
  • China akan mengeluarkan data rasmi manufacturing PMI dan Caixin manufacturing PMI
  • UK akan mengeluarkan data manufacturing PMI
  • US juga mengeluarkan data ISM manufacturing PMI
Sumber : Forex Factory
Sumber : Forex Factory
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat