Keuntungan Astro Jatuh 93% Berbanding Tahun Lalu

1,724
Harga saham Astro Malaysia Berhad jatuh sebanyak 4.8% dalam awal dagangan hari Khamis selepas syarikat itu merekodkan kejatuhan keuntungan yang besar sebanyak 93.3% bagi tempoh berakhir 31 Julai 2018.

 

Pendapatan Astro semakin berkurangan pada suku kedua dengan kadar keuntungan penyiaran piala dunia juga merosot, lebih-lebih lagi kos penyiaran tersebut menelan belanja yang besar. Antara penyebab kepada kejatuhan keuntungan pada tempoh itu adalah kurangnya slot pengiklanan.

 

Umum juga mengetahui Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menyiarkan siaran langsung piala dunia baru-baru ini sekaligus menambah tekanan kepada Astro untuk menguasai pasaran.

 

Untung bersih dalam tempoh Mei-Julai jatuh sebanyak 94% kepada hanya RM16.58 juta berbanding catatan keuntungan sebanyak RM246.3 juta pada tempoh sama tahun lalu.

 

Dalam perkembangan lain, Astro berkata mereka telah berjaya mendapatkan hak penyiaran Liga Perdana Inggeris untuk tempoh tiga tahun akan datang sehingga sesi 2021/2022.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat