Keuntungan US Dollar Mula Perlahan dalam Sesi Eropah!

37

US Dollar merosot berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat apabila pelabur mengambil keuntungan berterusan daripada US Dollar selepas kadar dinaikkan kepada 0.75 peratus.

EUR/USD, 30 minit

EUR/USD meningkat sebanyak 0.29 peratus selepas terjun rendah dalam sesi sebelum ini.

Selain Fed, matawang tersebut juga mendapat rangsangan selepas Jabatan Buruh AS melaporkan tuntutan pengangguran jatuh kepada 254,000 minggu lalu.

Dalam satu laporan berasingan, indeks harga pengguna di Amerika Syarikat dilaporkan meningkat sebanyak 0.2 peratus bulan lepas sejajar dengan jangkaan pasaran. Disamping itu, indeks pembuatan Philly Fed meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun.

GBP/USD melonjak sebanyak 0.15 peratus dalam sesi Eropah selepas jatuh menjunam pada Khamis.

GBP/USD, 30 minit

Pound memulih selepas BoE mengekalkan kadar faedah pada rekod terendah sebanyak 0.25 peratus serta program pembelian bon pada £ 435 Billion.

USD/JPY pula didagang stabil sama seperti nilai yang dicatat pada Khamis.

USD/JPY, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback kali terakhir dinilai berbanding 102.97, menurun 0.17%.

Minggu Depan Merupakan Minggu Yang Penting Buat Bank of Japan!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat