Keyakinan Pengguna (OuM) Meningkat, Komponen Inflasi Kekal

50

Keyakinan pengguna AS meningkat pada April yang ditujukkan oleh data yang dikeluarkan sebentar tadi oleh University of Michigan. University of Michigan consumer confidence index meningkat kepada 98 berbanding jangkaan 97.1 dan bacaan sebelum ini 96.9.

Data ini adalah hasil tinjauan oleh Universiti Michigan ke atas 500 orang pengguna bagi mendapatkan pendapat mereka tentang tahap ekonomi pada masa ini dan jangkaan mereka di masa hadapan. Data ini dikelurakan setiap pertengahan bulan yang mewakili bacaan pada bulan tersebut.

Indeks keadaan semasa meningkat kepada 115.2 dari 113.2 sebelum ini.

Indeks jangkaan pengguna turut meningkat kepada 86.9 dari 86.5 pada pada Mac.

Komponen jangkaan inflasi pula tidak berubah dari bacaan sebelum ini di paras 2.5%.

The Federal Reserve akan terus meneliti jangkaan inflasi khususnya dengan jangkaan yang terus stabil. Dalam konteks ini, ia dilihat akan membantu mencapai sasaran inflasi dalam jangka masa sederhana.

Tiada reaksi pasaran yang signifikan selepas data ini dikeluarkan dengan Usd/Jpy masih berada di sekitar 109.30 dan juga bon 10-tahun AS susut 0.06 kepada 2.26% ketika ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat