Keyakinan Pengguna US Sedikit Susut Pada September

31

Data sentimen pengguna Amerika Syarikat sedikit tinggi daripada jangkaan pada September yang menunjukkan keyakinan di dalam ekonomi.

Data ini dikeluarkan oleh Universiti Michigan dalam tinjauan yang dibuat oleh Pusat Tinjauan Pengguna. Sentimen pengguna susut kepada 95.3 dari 96.8 pada Ogos.

Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah 95.1.

Indeks keadaan semasa meningkat kepada 113.9 pada September berbanding sebelum ini 110.9.

Namun, indeks jangkaan pengguna jatuh kepada 83.4 daripada 87.7.

Indeks jangkaan inflasi pula masih kekal di paras 2.6% bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Ketua penganalisis ekonomi Richard Curtin menjelaskan kejatuhan dalam data kali ini adalah disebabkan oleh kebimbangan terhadap impak taufan Harvey dan Irma.

“Dengan kerosakan akibat bencana di Texas dan Florida, ia tidak mengejutkan melihat reaksi pengguna,” kata Curtin. Namun ia lebih mengejutkan jika reaksi pengguna berterusan kerana seperti sejarah bencana sebelum ini ia tidaklah mengakibatkan keyakinan merosot dalam tempoh yang lama.

Beliau juga sedar dengan pengukuhan dalam pendapatan dan juga dengan kenaikan nilai hartanah dan ekuiti telah mengimbangi impak yang dibawa oleh bencana. Curtin menyimpulkan peristiwa yang berlaku baru-baru ini tidak akan mempengaruhi keyakinan dalam jangka masa lama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat