Kilauan Emas Makin Terang, Pelabur Tersenyum Senang

841

Emas menokok lebih tinggi setelah data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lebih lemah daripada dijangkakan telah mendorong US dolar ke paras terendah sepuluh minggu, sekali gus meningkatkan daya tarikan logam kuning.

Laporan NFP menunjukkan pekerjaan meningkat 266,000 pada bulan April, jauh tersasar daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan 978,000. Malah, bacaan bulan Mac yang disemak semula menjadi 770,000 dari 916,000, menunjukkan kekurangan bekalan tenaga kerja.

Hal ini menunjukkan bahawa pasaran buruh memerlukan waktu lebih lama untuk pulih sepenuhnya dari krisis pandemik Covid-19 dan Federal Reserve (Fed) memerlukan masa untuk mempertimbangkan pengetatan semula dasar monetari.

Selain itu, bacaan yang lemah ini juga telah menguatkan lagi prospek terhadap perbelanjaan fiskal. Presiden Joe Biden memberitahu pada hari Jumaat bahawa rang undang-undang infrastruktur dan sokongan untuk keluarga yang lebih besar diperlukan kerana pertumbuhan pekerjaan yang perlahan pada bulan April.

Dengan pelancaran pakej rangsangan lebih besar oleh kerajaan, emas mempunyai peluang untuk meningkat lebih tinggi.

Pada sesi Asia, emas didagangkan menguat di sekitar paras tertinggi tiga bulan pada $1,830 per auns, susut sedikit selepas melonjak pada $1,843 pada hari Jumaat.

Sementara hasil perbendaharaan AS 10 tahun kembali meningkat di sekitar 1.59% selepas menjunam rendah ke tahap 1.48% minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat