Kini Berusaha Ke Pasaran Luar Negara, Pharmaniaga Terus Sambar Peluang Terhidang!

261

Pharmaniaga Bhd yang merupakan satu-satunya pemegang lesen Malaysia bagi mengedarkan vaksin Sinovac sedang berusaha untuk memperluaskan perniagaannya ke Asia Tenggara dan Afrika.

Langkah itu dilaksanakan untuk dijadikan sebagai sumbangan kepada pendapatannya untuk berkembang dengan lebih maju dan kukuh.

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata pasaran di Asia Tenggara dan Afrika dilihat berpotensi besar untuk menjadi lubuk dalam membekalkan vaksin.

Hal tersebut juga telah dinilai dan menyaksikan penduduk di rantau Asia Tenggara melebihi 700 juta penduduk dan di benua dilihat memiliki seramai 1.3 bilion penduduk.

Setelah selesai mengedarkan dan membekalkan vaksin Sinovac Covid-19 kepada kerajaan pusat berjumlah 20.4 juta dos, Pharmaniaga sedang giat mencari peluang untuk mengeksport vaksin ke luar negara.

“Setiap negara yang kami bincangkan, kami juga harus mendapat persetujuan dari Sinovac Life Sciences Co Ltd kerana mereka adalah sumber bekalan utama kami,” tambahnya.

Zulkarnain juga mengatakan bahawa Pharmaniaga akan meneruskan pengeluarannya di kilang anak syarikat milik penuhnya, Pharmaniaga Life Science Sdn Bhd.

Baru-baru ini, Pharmaniaga telah memperoleh persetujuan dari Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional untuk mengeluarkan, mengisi dan melengkapkan vaksin Sinovac dengan dua dos pada setiap botol.

Faktor itu turut membantu untuk meningkatkan keupayaan kapasiti kilang dalam membekalkan vaksin Sinovac dari dua juta sehingga empat juta dos per bulan mulai dari Ogos 2021.

Setakat ini, Pharmaniaga telah membekalkan 18.4 juta dos Sinovac di Malaysia daripada jumlah keseluruhan 20.4 juta dos yang diperintahkan oleh kerajaan pusat.

Pelaksanaan ini turut memacu keuntungan bersih Pharmaniaga untuk meningkat 37.3% kepada RM13.7 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 berbanding RM9.98 juta pada tahun lalu.

Pendapatan syarikat juga telah melonjak sebanyak 82.28% kepada RM1.18 bilion daripada RM645.76 juta yang dicatatkan pada sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat