Kisah Benar : Terselamat Daripada Buat Personal Loan Join Skim Ponzi

242

Syukur kepada Allah, Tuhan sekalian Alam. Pagi ini saya seperti biasa, sedang semak Email, Private Message di Facebook dan juga email-email yang sangat banyak untuk saya cuba reply dan bantu. Maafkan saya, tak semua email dan PM saya sempat reply kerana tersangatlah banyak, tetapi saya gagahi jua demi cuba bantu trader-trader forex di Malaysia. Harap anda bersabar ya 😀

Sedang cek semua komen di website ini, saya terpandang satu komen yang sangat bermanfaat dan saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pengomen, anda sudah membuat pilihan dan keputusan yang sangat bijak didorong oleh rasa hati anda yang ikhlas mencari rezeki, lalu anda berjumpa blog saya dan diselamatkan dari membayar Personal Loan seumur hidup anda, akibat join ponzi scheme yang berlindung disebalik nama forex trading.

Ingat, forex trading real adalah betul dan aktiviti ini dilakukan di seluruh dunia. Rujuk Bloomberg dan Yahoo Finance. Manakala ponzi scheme yang berselindung di sebalik nama forex adalah salah!

Klik sini untuk elak jadi mangsa skim ponzi!

Saya puji sikap beliau yang tanpa jemu cuba membuat Due Dilligence dan kajian terlebih dahulu ke atas program yang beliau ingin join, rajin search cari sana sini, akhirnya beliau terselamat. Sikap sanggup dan ingin belajar dan buat kajian ini tersangatlah bagus dan patut kita contohi. Cakap banyak pun tak guna, jom kita check tengok apa cerita sebenar beliau, dan saya telah masukkan screenshot di bawah.

Buat pembaca, saya minta SHARE di Facebook dan Media Sosial sebanyak mungkin kerana anda mungkin menyelamatkan rakan-rakan atau saudara mara dari tanggung Personal Loan pada usia muda dan menjejaskan segala usaha untuk mendapatkan kemudahan dari bank seperti pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan terselamat dari blacklist jika anda gagal membayar loan tersebut. Sharing is caring ! 🙂

Jom kita baca komen dan pengalaman kisah benar di bawah :

ponzi

Sila komen di bawah jika anda mengalami pengalaman yang serupa ataupun terdapat perkara yang ingin dikongsikan dan jika mahu belajar Forex dengan betul klik di sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat