Komen BOE Bailey ‘Jahanamkan’ Mata wang Pound!

368

Malang buat mata wang pound yang ditolak jatuh ke paras terendah dua minggu susulan kenyataan terbaru Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey.

Bailey memberitahu pengurus dana pencen dan pelabur lain yang terjejas teruk akibat kejatuhan harga bon, bahawa mereka hanya mempunyai tiga hari lagi untuk menyelesaikan masalah sebelum bank pusat itu menamatkan program sokongannya.

Mata wang cable itu susut sekitar 0.8% berbanding dolar greenback dan euro susulan kenyataan tersebut.

Sebelum itu, pengurus dana pencen salah seorang bekas timbalan gabenor BOE telah menggesa untuk pelanjutan bagi mengurangkan kejatuhan pasaran bon yang berterusan akibat belanjawan mini kerajaan yang dibatalkan.

Namun, Bailey menegaskan bahawa skim £65 bilion untuk membeli bon kerajaan UK tidak akan diteruskan melebihi tarikh akhir pada Jumaat.

Sementara itu, data pekerjaan UK menunjukkan kadar pengangguran susut ke paras terendah baharu sejak 1974 pada 3.5% pada Ogos.

Melihat perkembangan raja mata wang, US dolar kekal meneruskan momentum pengukuhan ketika pasaran bersiap sedia menantikan data inflasi Amerika Syarikat dan laporan minit mesyuarat FOMC minggu ini.

Impak daripada pengukuhan greenback, kebanyakan mata wang utama terus didagangkan suram yang menyaksikan dolar Aussie dan kiwi masing-masing melemah pada tahap terlemah 2 setengah tahun.

Euro juga kekal menderita di sekitar paras terendah dua minggu di tengah-tengah kekuatan US dolar.

Menambah kesuraman pasaran adalah kenyataan terbaharu dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memberikan prospek yang lebih buruk terhadap pertumbuhan pada tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat