Komen ‘The Big Four’ Dalam Konferens ECB Di Frankfurt

62

Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen berkata dalam konferens ECB pada Selasa bahawa panduan yang diberikan oleh Fed tentang halatuju polisi memberi faedah kepada pasaran. Namun, beliau menegaskan ia perlu dilihat mengikut keadaan ekonomi dan bagaimana sebenarnya ekonomi itu berkembang.

“Semua panduan (guidance) haruslah mengikut keadaan semasa dan realiti ekonomi,” kata Yellen dalam konferens European Central Bank (ECB) di Frankfurt.

Draghi pula berpendapat ‘panduan kehadapan’ (forward guidance) untuk polisi di masa hadapan telah berjaya memandu jangkaan pasaran dan ia kini menjadi salah satu alat dalam polisi.

“Panduan ke hadapan telah menjadi instrumen polisi monetari yang matang.”

“Kenapa perlu kita hentikan instrumen polisi yang terbukti efektif ini? tambah Draghi.

Bank of England (BoE) akan lebih fleksibel dalam kenaikan kadar faedah bagi menyokong ekonomi Britain yang akan keluar daripada Kesatuan Eropah, kata Mark Carney, Gabenor BoE.

Gabenor Bank of Japan (BoJ) Haruhiko Kuroda berkata pada Selasa bahawa jangkaan inflasi di Jepun semakin meningkat. Kuroda juga berkata bahawa inflasi di Jepun masih terkesan oleh kejatuhan harga minyak mentah dunia sejak beberapa tahun lalu.

Kuroda menegaskan akan meneruskan polisi akomodasi (sokongan kepada ekonomi) yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat