Kontrak Enggan Disambung, Nike Menyusup Keluar Rusia

4,557

‘Tiada lagi Air Jordan buat peminat Rusia lepas ini.’

Selepas McDonald’s dan Starbucks, kini jenama pakaian sukan terbesar Amerika Syarikat (AS) iaitu Nike pula mengesahkan pengunduran diri dari pasaran Rusia.

Perkara ini telah disahkan oleh akhbar Vedomosti Rusia yang menyatakan Nike enggan memperbaharui perjanjian dengan pemegang francais terbesarnnya di Rusia, Inventive Retail Group (IRG).

Menurut Pengarah Perhubungan Awam (PR) IRG, Ludmila Semushkina, mereka tidak boleh menyokong operasi kedai Nike yang bertindak menghentikan penghantaran seterusnya membuat keputusan untuk menutupnya.

Pada 3 Mac lalu pihak Nike telah menangguhkan sementara operasi mereka di Rusia sebagai tindak balas protes terhadap keganasan terhadap Ukraine dan kedai yang dibuka hanya dikendalikan oleh rakan kongsi bebas sahaja.

Antara rakan kongsi tersebut adalah IRG yang mengendalikan 37 kedai berjenama Nike di Rusia mealui anak syarikatnya, Up And Run.

Selain itu Presiden IRG, Tikhon Smykov, memaklumkan bahawa perjanjian francais antara syarikat yang dibina sejak 2012 tidak diperbaharui, maka secara tidak langsung menamatkan rangkaian perniagaan 10 tahun mereka.

Setakat ini pihak Nike masih tidak memberi sebarang komen lanjut.

Dalam pada itu, berita pengunduran Nike dari pasaran Rusia mengundang reaksi bercampur.

Seorang penduduk Moscow meramalkan akan berlaku penjualan barangan ‘bundle‘ Nike yang akan dibawa masuk ke Rusia seperti apa yang berlaku semasa zaman Kesatuan Soviet.

Manakala seorang lagi menyifatkan bakal berlaku masalah kekurangan kerana tiada penggantian import barangan Nike di Rusia seperti tahun 80an dahulu.

Dan ada juga yang menyatakan pengunduran diri Nike tidak mendatangkan masalah kerana terdapat jenama lain.

Sungguh pun begitu, antara yang terkesan teruk dari pengunduran Nike adalah pasukan bola sepak Spartak Moscow yang merupakan penaja baju pasukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat