Korea Selatan Minta Maaf Tapi Korea Utara Respon Dengan 2 Lagi Tembakan

401

‘3 sekawan (AS-Korea Selatan-Jepun) buat latihan ketenteraan di semenanjung Korea tapi Korea Utara pula yang panas.’

Kerajaan Korea Selatan mengeluarkan permohonan maaf rasmi atas kegagalan pelancaran peluru berpandu mereka sementara Korea Utara dilaporkan menembak 2 lagi missile semalam.

Kerajaan Seoul yang melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat ATACMS buatan Amerika Syarikat (AS), Hyunmoo-2 mengalami kegagalan fungi sebaik pelancaran.

Ia dikatakan telah terhempas di perairan pantai wilayah Gangneung sehingga mencetus letupan dan kebakaran yang mengundang panik penduduk di kawasan tersebut.

Menurut sumber berita, segelintir penduduk Gangneung melihat sinaran cahaya terang hasil letupan dan mengalami gangguan bekalan elektrik semalaman.

Lantaran itu, pihak berkuasa Korea Selatan telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi atas kegagalan pelancaran peluru berpandu tersebut bagi menenangkan warga Gangneung yang panik.

Suka dimaklumkan bahawa ketenteraan Korea Selatan dan AS telah melancarkan beberapa siri peluru berpandu yang dipercayai sebagai respon terhadap provokasi Korea Utara tempoh hari.

Bercakap tentang Korea Utara, kerajaan Kim Jong Un dilaporkan melancarkan 2 lagi peluru berpandu balistik semalam ketika Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bermesyuarat di Pyongyang.

Pelancaran terbaru tersebut dibuat 2 hari selepas 2 peluru berpandu ditembak oleh Pyongyang merentasi ruang udara Jepun sehingga mencetus kegusaran global.

Ulas Joint Chiefs of Staff (JCS) Korea Selatan dan pegawai pantai Jepun bahawa mereka akan terus mengawasi dan kekal bersedia andai berlaku sebarang konflik hasil daripada pelancaran tersebut.

Dalam pada itu, pelancaran peluru berpandu tersebut disifatkan sebagai maklum balas kepada latihan ketenteraan AS dan Korea Selatan di semenanjung itu pada minggu lepas.

Turut menyokong adalah Timbalan Duta Besar China ke UN menyifatkan tindakan AS tersebut sebagai provokasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat