Korea Utara Disyaki Menggodam Exchanger Bitcoin Korea Selatan Youbit Sehingga Muflis

136

Korea Selatan mengesyaki Korea Utara terlibat dalam penggodaman salah satu exchanger matawang-Crypto yang berpangkalan di Seoul. Serangan pada Selasa terhadap Youbit adalah kes terbaru penggodaman berteknologi tinggi yang melibatkan Korea Utara.

Youbit berkata dalam laman web mereka bahawa penggodam berjaya mencuri 17% daripada keseluruhan aset mereka, namun tidak menjelaskan nilai sebenar aset tersebut.

Selepas daripada kehilangan itu, syarikat serat-merta mengumumkan bahawa milikan aset pengguna-pengguna Youbit akan dikurangkan ke paras 75%. Maknanya di sini, jika pengguna mempunyai $100, ia akan dikurangkan kepada $75 dan $75 itu sahaja yang boleh dikeluarkan.

Selain daripada itu, Youbit juga menggantung semua dagangan dan memfailkan kemuflisan mereka di Mahkamah.

Ini bukanlah insiden pertama, dan April lalu Youbit dogodam yang mengaitkan penggodaman tersebut dengan Korea Utara. Hampir 4,000 bitcoin dicuri ketika itu.

Jika benar Korea Utara adalah di sebalik daripada penggodaman tersebut, pendekatan terbaru ini berkemungkinan hasil daripada tekanan ekonomi oleh dunia. Korea Utara sudah semestinya sedang mengalami kesan daripada sekatan PBB sejak Mac 2018.

Pentadbiran Trump juga beberapa kali menuduh Korea Utara dalam beberapa serangan siber yang menambah lagi ketegangan kedua-dua negara,

Serangan virus “WannaCry ransomware” sebelum ini juga telah dipertanggungjawabkan secara langsug kepada Pyongyang, kata penasihat keselamatan domestik Tom Bessert.

Korea Selatan juga menuduh Korea Utara menggodam data peribadi lebih daripada 10 juta pengguna laman web dan juga akaun email pegawai kerajaan.

Pada 2014, Amerika Syarikat secara formal menuduh Korea Utara menggodam penerbit filem “The Interview” iaitu Sony Pictures Entertainment yang menerbitkan filem tentang plot pembunuhan Kim Jong Un.

Korea Utara pada Khamis menyangkal tuduhan penggodaman oleh Pyongyang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat